Tuesday, November 17, 2009

Aku tak suka statistic.
Memang dari dulu aku lembab math pun.
Apa benda tuh Confidence interval? Mean? Mode? Quantile?


Boleh tak jadi dokter tapi tak tau stats?
Jawapannya mestilah tak boleh!!!

p/s: budak PMC dah nak balik.. cepat betul masa meninggalkan kita. Rasa macam baru semalam...

Monday, November 9, 2009

Pasti ada pencipta!

Salam.

Sem 3 skrg ni, kami cuma ada 3 modul penting (yang ada kertas exam). Kalau tak da kertas exam tak penting ke? hehe... Modul-modul itu adalah Neuroscience [NS], Evidence-Based Health [EBH] and Population and International Health [PIH]. Obviously EBH dan PIH bukanlah kehendak & kegemaran aku. Tak suka gila kot policy, public health, epidemiology bla bla bla... ni. Tambah-tambah 2 subjek ni mmg ada projek yg demanding gilos! Orang nk duk senang pn tak boleh.

So, of cos la aku cuma ada satu subjek kegemaran ja, iaitulah NS. Yeah!! Walaupun tak suka sangat sebab complex nak mati.. tapi no choice, tu ja yang ada. Anatomy memang serabut, kepala yang kecik tu, tp byk benda kena cover, byk lubang-lubang kena ingat, banyak tulang pelik kt kepala. Neuroanatomy lagi serabut!!! Complex sungguh otak ni... itu & ini. Tapi tak kata la, tuh kan benda paling penting dlm manusia. Akal pun ada kt situ. Tak gitu?

Apa pun aku rasa bertuah gila sebab dpt peluang belajar ni semua. Sebab melalui ni lah aku dapat belajar kehebatan & keagungan Sang Pencipta dengan lebih ekslusif (bidang lain pun boleh). Betapa kompleksnya, telitinya, mantapnya, sempurnanya ciptaan Allah. Rugila kalau aku semata-semata belajar utk menjawab soalan exam, tapi sebenarnya aku boleh dapat lebih dari itu.

Inilah rupanya otak manusia yang diselaputi oleh Dura matter. Di sinilah kita berfikir, mengingat, berasa marah dan seronok , bla.. bla.. bla..

Melihat begini canggihnya ciptaan Allah terfikir plak, macam mana ada antara kita yg rasa manusia itu tumbuh sendiri (berevolusi) tanpa pencipta... Komputer pun ada pencipta, tentulah otak pun ada pencipta! Obviously otak lg power dari komputer, sebab otak yang cipta komputer*!!! May be ni cuma kes ego, sebab tak boleh terima ada yang lagi power dari kita di atas sana. Wallahu'alam...



Ni pulak adalah otak dan spinal cord. Macam machine jugak, manusia ni beselirat dengan wayar-wayar. Aku masih payah nak bayangkan mcm mana semua ni berfungsi. Sgt complicated!!




P/s: OK. back to work!!! Doakan aku.. risau betol sem ni. Subjek susah, banyak main-main lak tu. Go go go NeuroAnat!!!

*risau disalah anggap pihak tertentu: Yes. Allah jualah yg mencipta semuanya. =)

Sunday, November 1, 2009

Sabtu kenyang!

Salam,

Dah lama aku tak update blog. Bukan apa, belum sampai seru agaknya. Tapi sekarang dah sampai!!!

Diam-diam dah sebulan lebih aku balik ke Dublin. Dah sebulan lebih jugak aku ke kelas. Oh tuhan! Sedar dari lena yang panjang, dah jauh aku ketinggalan! Macam biasa, sejuk-sejuk macam ni, enjin memang lambat nak panas. Tapi memandangkan dah masuk November hari ni, aku tak kira!! Enjin mesti panas jugak.

Sebelum ni, aku banyak habiskan weekend dengan bertandang-tandang, ke sana ke mari. Rasanya lepas ni kena kurang sikit kot. Walaupun sem ni agak relax, tapi sebenarnya tak. Banyak projek kena buat. Susah-susah pulak tu. Aku memang benci projek-projek ni. Aku bukan berjiwa researcher!!! Haaa demikianlah raungan hatiku.

Apa pun semalam, macam minggu-minggu sebelum, ada jugak aktiviti nak buat. Hari Sabtu lepas Zohor aku dan jiran aku Am & Fer ke rumah kelasmate kitorg. Budak-budak tu buat makan-makan sempena Birthday kakak postgrad sorang ni (dan jugak birthday beberapa org yg belum tiba masanya, kononnya la). Memandangkan jamuan itu berformatkan port-luck, jadi sebagai org bertatasusila, aku segan la nak lenggang lenggok je pergi. Makanya malam sebelum, aku & Am ni sibuk la menggulung roti sardin (sambil tgk nur kasih ok!!) Hahaha. Esok tengah harinya, baru la goreng, then terus pergi rumah mereka itu.


Inilah hasilnya, Sardin Roll Nur Kasih. Laris sekali. Sepatutnya rupanya lebih cantik, tapi disalah potongkan oleh manusia tidak bertanggungjawab.

Balik petangnya pulak, macam dah dijanjikan berminggu-minggu dulu, aku & Muaz nk masak Cordon Bleu - sejenis makanan Perancis kot?? Ni semua gara-gara di tag oleh seseorg di Germany sana melalui Facebook. Kami terliur lalu ingin mencuba. Malangnya, atas beberapa faktor, Cordon Bleu itu kurang menjadi dan buruk rupanya. Tapi boleh la dimakan.. Harus berusaha gigih lagi ni next time!


Perhatian! Ini adalah rupa asal Cordon Bleu. Cordon Bleu buatan kami tidak dapat dipamerkan untuk tontonan umum.

Demikianlah berlalunya hari Sabtuku, penuh dengan masak-masak dan makan-makan. Sampai aku terlupa siapa diriku ini. Aku medic student! Oleh demikian, hari ni aku terus mengqada' study-study yang telah jauh ketinggalan. Semoga masih ada sinar harapan buat ku di hari esok!!

Cao.

Wednesday, October 14, 2009

Bersemadilah dengan aman

Salam.


Ni entry pertama aku lepas masuk minggu ke-3 di Dublin. Agak sibuk. Bukan dengan hal-hal pelajaran saja, tapi aktiviti kunjung-mengunjung, ke sana-kemari tanpa henti.

Balik dari kelas tadi, aku hairan tgk status YM budak-budak sekolah aku. Semuanya cakap Fatimatussolihah Aziz, rakan sekelasku kembali ke rahmatullah. Aku ingat lawak apa la diorg ni buat. Rupa-rupanya betul!!!

Innalillah hi wa innailai hirojiun. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya. Aku selalu hairan & tak percaya, rakan-rakan sebaya aku kahwin. Wow! Awalnya kahwin. Tapi sekarang aku lagi tak percaya, teman sekelas aku di sekolah dulu, sebaya, dah pun kembali menghadap Ilahi.

Mungkin aku lupa, ajal maut, jodoh pertemuan, semuanya ditentukan Allah. Bila sampai masanya, tak ada apa yang boleh menghalang. Usia muda mungkin tak sinonim dengan kematian, tapi hakikatnya kematian boleh berlaku bila-bila masa saja.

Buat temanku Tim, bersemadilah dengan aman. Semoga Roh anda ditempatkan bersama-sama orang yang solehah. Amin.

Al-Fatihah.


Tuesday, September 22, 2009

Raya! Raya! Raya!

Selamat hari raya!!!
Sorry la lambat gila post. Sebabnya terlalu busy & tak menang tangan.
Mana nak prepare utk balik lagi, nak buat persiapan raya lagi. Macam-macam.

Apa pun, di kesempatan ini, aku memohon kemaafan jika ada salah dan silap.
Sama ada aku sedar atau pun tak. Maklum sajalah, kadang-kadang terjahat mulut, tergatal tangan, tersalah langkah kan??? Hehe.

Raya di Malaysia mmg best~! Paling best mestilah sebab ada family. InsyAllah kalau ada chance lagi taun depan boleh la kot raya lagi kat Malaysia. Amin..

Aku cuma raya dua hari je. Masuk hari ke-3 ni dah siap-siap nak balik. Walopun ada lagi sanak sodara yg berkunjung tiba, tapi persiapan nak balik mesti diteruskan!! Tak mau nnt kelam-kabut last minute. Terlupa itu & ini.

Balik Dublin nnt kalau ada open house boleh sambung raya lagi. Haha. Tapi sendiri nak buat open house mcm tak dah kot. Banyak benda yang kena uruskan sampai sana nnt.

Ok, sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

Saturday, September 12, 2009

Antara Garisan



Ni salah satu drama yang menarik. Ada mesej tertentu yang nak disampaikan oleh pembuat cerita ni. Renung-renungkan.

Wednesday, September 9, 2009

Lagi berapa hari nak raya???

Assalamualaikum.

Hrmmm dah hujung-hujung Ramadhan ghupenye ye?
Bahang raya pun dah makin terasa. Ni kali pertama aku raya kat Malaysia lepas 2 taun raya di Dublin. To me, raya kat Dublin is not too bad, cuma x ada family ja.

Tapi apa pun tentulah tak sama dengan raya di tempat sendiri. Rasa excited la jugak nk raya kali ni. Tapi dah tak se-excited zaman budak-budak dulu. Kalau kenang-kenang balik, seronoknya raya dulu-dulu!!! Sekarang dah rasa lain. Huhu.. Dah tua kowtt ^_^

Kalau zaman-zaman dulu tu, seminggu b4 raya dah balik kampung. Pasang pelita keliling rumah. Mak aku plak amik cuti awal, buat biskut ok. Hehe... terliur gila kot kalau tlg sapu telur kat biskut-biskut raya tu semua. Cam nak ngap jah. Tapi sekarang dah lain. Semua biskut tunjuk-tunjuk aja.. 2-3 minggu nak raya dah sampai, penuh kat dapur.

Kalau dulu sehari suntuk keliling Alor Star/SP/Penang shopping baju raya. Tapi sekarang pegi beli sendiri... Nak yg mcm mana? Style apa? Amik saja.. Dulu habis herot-kemot muka, tension sebab mak tak bagi beli baju yg kita berkenan. Huhu...

Dulu-dulu time raya jugak... wah byk gila cerita-cerita best kat TV. Cam tak mau keluar rumah ja, nak tgk TV. Tapi sekarang dah tak terasa nak tengok sgt. Dari dulu sampai skrg, masih cerita sama. Tema yg sama... Pelakon je lain. Tp tuh 2 taun lepas.. tatau la skrg macam mana. May be sama lagi la kot kan taun ni?? :)

Apa pun, dlm sibuk-sibuk nak raya ni, jangan la sia-siakan hujung ramadhan. Aku pun dah mula mengeliat-liat dah ni nk pegi terawih. Tapi sayang pulak rasa kan?? Yakin mana sangat taun depan ada lagi. Kalau dgn org yg kita sayang, bila nk berpisah mesti la kita lagi rapat & byk spend time together kan? Macam tu la jugak Ramadhan kan? Nanti rindu~~

:D